Jabatan Insurans – BM

Privacy Notice :
JABATAN INSURANS

Megah Management Services Sdn Bhd, pemegang saham, subsidiari, bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada Gamuda Berhad, Kumpulan Syarikat Gamuda dan Kumpulan Syarikat Gamuda bersekutu, entiti yang dikawal bersama, gabungannya dan termasuk tetapi tidak terhad kepada mereka yang disebut dalam Jadual Pertama kepada Notis Privasi ini) (secara kolektifnya "Kumpulan"), menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Notis Privasi ini dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). Untuk tujuan Notis Privasi ini, "Data Peribadi" hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta dan terma "kami" akan merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan "anda" akan merujuk kepada diri anda sendiri dan/atau mana-mana individu atau syarikat yang anda mewakili dimana anda memberi Data Peribadi.